Blogger Templates

Pages

Friday 17 August 2012

Smart coco A++



Ape ke nama ni?? tertanya2 plak yerk. ok ni minuman berkhasiat yang dibuat dari coco..baek untuk bebudak sekolah.. nak anak pandai kenala melabur sikit kan...hahaha..



kat bawah ni testimoni dari pengguna-pengguna smart coco A+ ni, anak sedara aku yang umur 8 dan 6tahun  pon ada minum jugak.. ok lah cergas, lepas tu dia cakap sedap, hari2 mintak. kalau mula-mula dulu, ibunya kena buat, skrang tak payah dah, sebabnya nak tau x?? sebab kalo suruh ibunya yang buat lambat sikit dapat, kalau sendiri buat, anytime rase nak, bole buat sendiri..hehe


                                                    (klik untuk besarkan gambar)

mana nak dapat smart coco ni??.. ok ni aku bagi link orang yang jual.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=401325323247886&set=a.400097710037314.79468.100001112648098&type=1&theater

lepas tu nak tau lebih lanjut, slalula bukak radio IKIM. islamic punye siaran..hehe




Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Wednesday 15 August 2012

Opening legoland



ok,,semalam aku dapat email dr sape???korang tau tak? mestila legoland.hehehe. legoland da suruh tebus tiket annual pass. tapi tarikh dia tu tak kena la...ada ke patut dia suh tukar pada 20hb-26hb august.. kan tengah cuti beraya. apolahhh...ingat orang tak der kijer ke nak g tukar tiket time raya, lain la kalo rumah aku sebelah legoland tu..hahahaha. tapi dont worry k, sbb boleh tukar lepas tarikh 2..cumenya sekarang dia suh tukar tiket awal bagi mengelakkan kesesakkan masa opening nanti... tapi kalo korang nak tau lebih detail, korang boleh la pergi ke website

 http://www.legoland.com.my/Tickets/Online-Annual-Pass/Annual-Pass-FAQ/




harap-harap legoland ni cantik la cam dalam gambar. sebabny aku dah ler beli tiket tuk masuk setahun.. kalau tak ok buang duit je 4rts aku beli. kalau best kire pas ni takdela kawan-kawan nampak aku berdating kat jusco ke, kat tepi2 laut ke...hihhihi




Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Tuesday 14 August 2012

LEUKIMIA (ALL)



Penyakit ni biasenya menyerang budak-budak sahaja. Dan aku punya cerita tentang seseorang yang mengidap penyakit ni dan keadaannya sangat kritikal di ketika ini.. Mahathir berusia 6tahun pada waktu ini sedang bertarung nyawa untuk kembali pulih seperti sedia kala. Pada asalnya Mahathir hanya demam biasa, dan diikuti demam panas selama 4hari, dia kemudiannya muntah darah. Ibunya telah membawa Mahathir mendapatkan rawatan di hospital sultan ismail (HSI). Setelah diperiksa, Doktor mengesahkan Mahathir menghidap leukemia. 2hari di sane, Ayah Mahathir datang melihat keadaannya. Si ayah tak dapat terima kenyataan bahawa anaknya penghidap LEUKIMIA dan tidak sanggup melihat anaknya dicucuk sane sini lalu dia mengambil keputusan untuk membawa Mahathir keluar dan berubat secara tradisional. Tapi malangnya, belum setengah hari Mahathir dibawa keluar, Mahathir sekali lagi telah muntah darah dan keadaanny semakin kritikal apabila dia jatuh pengsan. Ayahnya yang panik terus membawa Mahathir ke Hospital sultan aminah (HSA), Mahathir terus dimasukkan ke icu dan keadaanny koma. Tak putus2 si ibu berdoa agar anaknya sembuh.siang malam dia ke hospital menemani anakny walaupon hanya dapat menatap dari tingkap cermin. Lebih menyedihkan apabila Mahathir sedar, dia hanya mampu menitiskan air mata.setelah beberapa hari di icu doctor memberitahu keadaannya stabil, dan air tulang belakang Mahathir perlu diambil. 2minggu berlalu, keadaanny semakin baik. Mahathir sudah mampu menggerakkan tangan dan kaki. Ibunya dah mula berangan2 untuk memakaikan Mahathir baju raya sempena hari raya yang tinggal tak sampai seminggu lagi. Tetiba, 1 panggilan dari hospital menyuruhnya datang dengan segera. Doc memberitahu bahawa buah pinggang Mahathir tidak dapat berfungsi, paru-paru dan jantungnya pula sudah dipenuhi darah. Mendengarkan keadaan Mahathir semakin teruk, aku bersama kawan2 pergi melawatnya. Melihat dia, hati aku sayu, dengan badannya yang penuh wayar, penafasannya jugak bergantung sepenuhnya menggunakan mesin…tubuhnya membengkak dek kerana air yang masuk. Darah plak sudah 1dozen disalurkan..tp Mahathir tetap tidak sedarkan diri. Ibunya semakin risau, tapi tidak mampu berbuat ape-ape..dia hanya terus berdoa dan menyerahkan segalanya kepada doctor.. dan ketika aku menulis artikel ini, kawan aku telefon, dan memberitahu Mahathir telah menghembuskan nafas terakhir..aku terdiam, dan hanya terbayang wajah ibunya bersama baju raya Mahathir yang ditunjuknya semalam. Sesampai di hospital, aku tengok ibunya sedang menangis dan ditenangkan oleh sedara mara. Manakala ayahnya pula duduk ditangga seorang diri dengan muke yang agak kesal. (mungkin kesal dengan tindakannya membawa Mahathir keluar).Apabila jenazah Mahathir siap dibungkus, doc meminta ibu bapa Mahathir untuk membacakan yassin, ketika itu aku dapat melihat dgn jelas, darah dari hidung Mahathir tidak berhenti mengalir, mungkin sel kanser sudah menyerang di kepala. Selepas majlis ibunya ada memberitahu, bahawa Mahathir seolah2 sudah tahu dia akan pergi jauh, kerana semasa memilih baju raya, Mahathir meminta baju melayu warna putih, dia kata warna putih tu cantik, tapi ibunya tak belikan dan menggantikan dengan warna kuning. Semasa di hospital, doctor jugak ade bertanya samaada mahu pulang beraya di rumah atau tidak, tapi Mahathir menggelengkan kepalanya…rupanya Mahathir nak beraya ke tempat laen..semoga rohnya dicucuri rahmat  -al-fathiha-



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!