Blogger Templates

Pages

Friday 17 August 2012

Smart coco A++



Ape ke nama ni?? tertanya2 plak yerk. ok ni minuman berkhasiat yang dibuat dari coco..baek untuk bebudak sekolah.. nak anak pandai kenala melabur sikit kan...hahaha..



kat bawah ni testimoni dari pengguna-pengguna smart coco A+ ni, anak sedara aku yang umur 8 dan 6tahun  pon ada minum jugak.. ok lah cergas, lepas tu dia cakap sedap, hari2 mintak. kalau mula-mula dulu, ibunya kena buat, skrang tak payah dah, sebabnya nak tau x?? sebab kalo suruh ibunya yang buat lambat sikit dapat, kalau sendiri buat, anytime rase nak, bole buat sendiri..hehe


                                                    (klik untuk besarkan gambar)

mana nak dapat smart coco ni??.. ok ni aku bagi link orang yang jual.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=401325323247886&set=a.400097710037314.79468.100001112648098&type=1&theater

lepas tu nak tau lebih lanjut, slalula bukak radio IKIM. islamic punye siaran..hehe




Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Wednesday 15 August 2012

Opening legoland



ok,,semalam aku dapat email dr sape???korang tau tak? mestila legoland.hehehe. legoland da suruh tebus tiket annual pass. tapi tarikh dia tu tak kena la...ada ke patut dia suh tukar pada 20hb-26hb august.. kan tengah cuti beraya. apolahhh...ingat orang tak der kijer ke nak g tukar tiket time raya, lain la kalo rumah aku sebelah legoland tu..hahahaha. tapi dont worry k, sbb boleh tukar lepas tarikh 2..cumenya sekarang dia suh tukar tiket awal bagi mengelakkan kesesakkan masa opening nanti... tapi kalo korang nak tau lebih detail, korang boleh la pergi ke website

 http://www.legoland.com.my/Tickets/Online-Annual-Pass/Annual-Pass-FAQ/




harap-harap legoland ni cantik la cam dalam gambar. sebabny aku dah ler beli tiket tuk masuk setahun.. kalau tak ok buang duit je 4rts aku beli. kalau best kire pas ni takdela kawan-kawan nampak aku berdating kat jusco ke, kat tepi2 laut ke...hihhihi




Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Tuesday 14 August 2012

LEUKIMIA (ALL)



Penyakit ni biasenya menyerang budak-budak sahaja. Dan aku punya cerita tentang seseorang yang mengidap penyakit ni dan keadaannya sangat kritikal di ketika ini.. Mahathir berusia 6tahun pada waktu ini sedang bertarung nyawa untuk kembali pulih seperti sedia kala. Pada asalnya Mahathir hanya demam biasa, dan diikuti demam panas selama 4hari, dia kemudiannya muntah darah. Ibunya telah membawa Mahathir mendapatkan rawatan di hospital sultan ismail (HSI). Setelah diperiksa, Doktor mengesahkan Mahathir menghidap leukemia. 2hari di sane, Ayah Mahathir datang melihat keadaannya. Si ayah tak dapat terima kenyataan bahawa anaknya penghidap LEUKIMIA dan tidak sanggup melihat anaknya dicucuk sane sini lalu dia mengambil keputusan untuk membawa Mahathir keluar dan berubat secara tradisional. Tapi malangnya, belum setengah hari Mahathir dibawa keluar, Mahathir sekali lagi telah muntah darah dan keadaanny semakin kritikal apabila dia jatuh pengsan. Ayahnya yang panik terus membawa Mahathir ke Hospital sultan aminah (HSA), Mahathir terus dimasukkan ke icu dan keadaanny koma. Tak putus2 si ibu berdoa agar anaknya sembuh.siang malam dia ke hospital menemani anakny walaupon hanya dapat menatap dari tingkap cermin. Lebih menyedihkan apabila Mahathir sedar, dia hanya mampu menitiskan air mata.setelah beberapa hari di icu doctor memberitahu keadaannya stabil, dan air tulang belakang Mahathir perlu diambil. 2minggu berlalu, keadaanny semakin baik. Mahathir sudah mampu menggerakkan tangan dan kaki. Ibunya dah mula berangan2 untuk memakaikan Mahathir baju raya sempena hari raya yang tinggal tak sampai seminggu lagi. Tetiba, 1 panggilan dari hospital menyuruhnya datang dengan segera. Doc memberitahu bahawa buah pinggang Mahathir tidak dapat berfungsi, paru-paru dan jantungnya pula sudah dipenuhi darah. Mendengarkan keadaan Mahathir semakin teruk, aku bersama kawan2 pergi melawatnya. Melihat dia, hati aku sayu, dengan badannya yang penuh wayar, penafasannya jugak bergantung sepenuhnya menggunakan mesin…tubuhnya membengkak dek kerana air yang masuk. Darah plak sudah 1dozen disalurkan..tp Mahathir tetap tidak sedarkan diri. Ibunya semakin risau, tapi tidak mampu berbuat ape-ape..dia hanya terus berdoa dan menyerahkan segalanya kepada doctor.. dan ketika aku menulis artikel ini, kawan aku telefon, dan memberitahu Mahathir telah menghembuskan nafas terakhir..aku terdiam, dan hanya terbayang wajah ibunya bersama baju raya Mahathir yang ditunjuknya semalam. Sesampai di hospital, aku tengok ibunya sedang menangis dan ditenangkan oleh sedara mara. Manakala ayahnya pula duduk ditangga seorang diri dengan muke yang agak kesal. (mungkin kesal dengan tindakannya membawa Mahathir keluar).Apabila jenazah Mahathir siap dibungkus, doc meminta ibu bapa Mahathir untuk membacakan yassin, ketika itu aku dapat melihat dgn jelas, darah dari hidung Mahathir tidak berhenti mengalir, mungkin sel kanser sudah menyerang di kepala. Selepas majlis ibunya ada memberitahu, bahawa Mahathir seolah2 sudah tahu dia akan pergi jauh, kerana semasa memilih baju raya, Mahathir meminta baju melayu warna putih, dia kata warna putih tu cantik, tapi ibunya tak belikan dan menggantikan dengan warna kuning. Semasa di hospital, doctor jugak ade bertanya samaada mahu pulang beraya di rumah atau tidak, tapi Mahathir menggelengkan kepalanya…rupanya Mahathir nak beraya ke tempat laen..semoga rohnya dicucuri rahmat  -al-fathiha-



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Sunday 29 July 2012

Sehari Jalan jalan di Singapore



JB - Singapore, memang kejap sangat lah. tambang bas plak murah giler, RM 1 je. tak payah rebut tempat duduk dalam bas, diri jek 5minit sampai...haha...ni pengalaman pertama aku g singapore tau, sebab alang2 da ade passport. aku g dengan member aku, berdua je. aku bawak keta then tinggal kat city square (CS), pastu aku jalan kaki pergi ke CIQ, mak ia..jalan kaki dr CS nak ke imegresen pon, ya ampun letih ko.. tp kentalkan jugak semangat, sebab nak berjalan punya pasal...hahaha...aku tukar duit tak banyak pon.. malaysia kite 100,tukar sane dapat 39$$ je.. target bukan tuk shopping kan.so boleh la...tapi kalo bawak anak, compem tak cukup. tau jela kalo bawak budak.. macam2 nak mintak. air ke makan mahal. klo air kat sini singgit. kat sane 2$ = RM 5.tu baru air ok...makan lom lagi..haha.. aku jalan kat sane guna MRT je, kalau kat malaysia kite panggil LRT. topup card EASYLINK 10$, pastu korunk naekla MRT nak merayap kemana..aku ciap g orchard, pastu little india, pastu g sentosa lagi...ni aku tunjuk gambar jela ea..malas nak tulis..hehe






aku sampai rumah kol 10.30 malam...menangis kaki aku kena dera jalan banyak...haha..apepon dapat juga aku ke negara jiran yang sekangkang kera ni.



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Sunday 15 July 2012

Sibu - kUchiNg SERAWAK



tengok tajuk cam best kan. 2 tempat tu pergi. tapi hakikatnya aku je yang tau..hahaha.. aku nek flight dari lcct ke sibu pukul 6.50ptg smpai dekat kol 9malam. abang aku ambik, g  makan dan terus balik sebab esok ade projek bagus punye..hihi..bangun pagi, kiteorang terus ciap pergi kuching. tau tak, nak g kuching tu berapa lama? dekat 6jam, aku tido bangun makan, tido balik bangun makan tido balik tak sampai sampai...giler jauh aku cakap. bek ambik tiket terus g kuching jek..

semangat mak aku makan dalam flight, dia cakap sedap dari kat bawah


jam bentuk kuching ni ada kat Kalimantan, harga dia Rm30


kawasan gua dekat dengan pasar Kalimantan


my parent yang join aku g serawak


kena naek perahu kalau nak pergi tempat kek lapis


pelbagai rase ada.. sumenya Rm10, aku beli kat Dayang salha, beli 10 dapat free 1


tengah pilih ikan Terubuk masin.. harge ikot size, Boleh minta tawar yerk


tanda aku da sampai kuching..kih3


tiket nak masuk tengok ORANG HUTAN


Roti Sardin Mayonis..nyum2!!


before bertolak ke SIBU ambik gambar dulu..


penat sangat, sebabnya aku g serawak ni 3hari je...buang masa atas jalan dari sibu nak ke kuching. tapi tak apela dapat gak aku tengok keadaan jalan ke kuching tu, jalan biasa dan keliling hutan. otw pergi dan balik ada kemalangan. So berhati-hatila pada siapa yang ada hati nk flight ke sibu dan drive ke kuching.. =)



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Friday 13 July 2012

5Hari di Bandung


semua sedia maklum bandung adelah dunia shopping, banyak baju murah2..tapi ada jugak yang tertipu macam aku.hahaha..malas nak cte banyak. cume peringatan korang janganlah tertipu dengan orang2 indon di sane + jangan terus nak beli, apepon kena survey dulu.

ni la hotel yang kiteorang duduk...lupa namanya


1st tempat kiteorang pergi..dan telah tertipu..huhu...disini aku beli baju 5 pasang je da dekat 4rts ringgit.


 Rumah Mode untuk barang-barang branded


sape yang pergi bandung, da jadi 1 kemestian plak kan, mesti bergambar di Tengkuban Perahu ni kan..


Hot Spring, berdekatan dengan tengkuban perahu..tempat memang cantik


ni kedai makan orang malaysia...aku syorkan sape nak g bandung eloklah makan kat sini, sebab masakan dia selera malaysia...harga pon ok la..


Trans Studio Bandung...masuk sorang dalam Rm 60.. mainan pon banyak


lepas tu, kiteorang pergi kawah putih, tempat pengambaram filem my heart... memang cantikla tempat ni.unik, tapi sayang masa kiteorang datang ujan lebat


ini pon tempat filem my heart, namenya ladang teh ape tah aku pon lupe..hihi


alesya, anak buah aku, dia beli bear comel ni harge dia Rm17, murah kan? kat sini tak dapat.


 lastday kiteorang pergi cihampelas klo xsilap namanya...tempat shopping jugak



memang best..lagi-lagi kalo duit banyak...cume makanan je yang tak berapa best...almaklumla da biasa makan kat sini sedap-sedap, kena kat indon, makanan ade je y tak kena...hehe


Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Wednesday 6 June 2012

Cameron Highland Dis 2011



Kalau orang cakap cameron highland, kite mesti da pikir "wah sejuk, bestnya, tak payah econ" tol x? hehe.. aku pon sama lah pikir camtu. aku tak pernah g cameron highland sebelum ni tau, sedih kan.just dengar orang cerita jek. tapi dari dengar orang ceritala, aku nak sangat pergi sana. lagi pon aku pikir tempat tu tak jauh, naek keta sampai la. So, bincang punye bincang aku pon jadi la pergi.

pagi nak bertolak tu, ciap2la masak nasi lemak, buat sambal segala. macam nak pergi berkelah..hehe, tp lom smpai, dalam keta da licin. jauh gak upanya, dari kl ke sana ambik masa dekat 3jam jugak, dengan jalanny y berbelok2 agak bahaya 2.akhirnya sampai.. terus check in hotel WIRA. hotel ni murah, lepas2 ada 2 katil quen, ok sgt la tu kan. setakat nak tido je.bole la....hehe.. masuk bilik air, nak basuh muka, ya ampon..sejuk sgt airnya, cam air batu... keras terus kulit muke..hahaha. siap2 keluar terus jalan smpai malam...

tempat pertama pergi...hehe, just tuk bergambar je

 dekat ladang cactus.bunga cactus ni 3pcs /rm10 sahaja!!! murah ke mahal..

 Ladang TEH BOH, sebelum nak mendaki kena minum teh kat kafe teh boh ni, baru ada semangat nak g tengok ladangnya...

 pertengahan puncak ladang teh boh, ujan start turun, so aktiviti mendaki tak dapat diteruskan..hehe

 kalau tak silap ni dekat ladang lebah. nak MADU boleh datang sini beli..pelbagai size ada.

last aktiviti kiteorang tolong petik daun teh...haha.

kesimpulannya..haha, cameron highland ni best jugakla..tapi tak boleh pergi lama, sebab macam tak ada ape sangat je, sehari da cukup tuk abis pusing 1 cameron 2..haha..but penat plak kan..so pergila 2 or 3 ari sahaja.. yang paling aku suka pasar malam, macam2 ada jual, sambil jalan, sambil makan jagung..sedapnya..



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Monday 4 June 2012

Bukit tinggi 2011



citer ni tahun lepas..da lama kot, tetiba aku teringin sangat nak pergi ke bukit tinggi. sbb kakak aku cakap tempat tu cantik, best kalau nak jalan dan berdating...hehe
bile dah dengar best, aku apa lagi, mestila nak pergi.. kali ni aku tak g ngan famili tapi aku ajak kawan2 aku skali la dengan boyfriend merangkap kawan baik aku.hehe
planning 2bulan sebelum g..hehe..so ceritala pasal trnsport, collection dan sebagainya.. so hari yang di tunggu2 smpai jugak..

          memukau mata saat pertama aku tengok bangunan ni...cantik sangat..

inilah syima, kawan baek aku masa belajar dulu, da abis belajar pon still kawan baek jugak..hehe, sebab tu senang nak planning jalan2 dengan dia, apa y penting boyfriend dia ikot sama..

pian ni boy dia, giler romantik budak dua orang ni....hahaha..sakit bijik mata aku tengok.hahaha

ni musuh aku, kau lah racun, kau jugak la penawarnya..hahaha

kat bukit tinggi ni view memang cantik, tp harga dia mahal..air mineral pon da skali ganda..padahal. bukit tinggi ni xdala tinggi sangat.. tp cekek kedarah...tp klo da haus n lapar, beli jela..nama pon berjalan. bile jalan mstila duit abis kan??? hehehe..


Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Sunday 3 June 2012

Sabah 4day 3night


Ni pengalaman pertama aku BERCUTI. jangan salah sangka, bukan aku tak pernah bercuti ok..tapi yang aku nak cakap bercuti menggunakan kapal terbang..hehe. Masa ni tak ada ujan tak ada ribut tetiba abang aku yang ala2 agent pelancongan menyatakan hasratnya mahu bercuti di sabah. Berita tersebut disambut baik oleh keluarga, dan mereka yang nak pergi, gigihlah menempah nama dan bagi duit..masa ni xpandai lagi nak beli tiket promosi air asia, so pergi balik, sorang dekat 300. tak kirala mahal, yang penting nak naek kapal terbang. hahaha.

                 
                      ni la abang aku yang ala2 agent pelancongan tu..hehe


hari pertama bermula dengan perjalanan ke KUNDASANG, aku rasa sape yang pergi ke sabah, da jadi kemestian ke kundasang. sebabnya melalui pembacaan di pakcik google, ramai yang cakap tempat ni sejuk sangat. tapi pengalaman aku, tak dela sejuk sangat..biasa2 jek...


kami menginap di kundasang 1 malam. hotel yang kiteorang duduk tu sangat cantik viewnya. tak payah da nak bergambar tempat len, cukup dalam kawasan hotel je.. yang paling bagus, pihak hotel ciap sediakan tempat untuk berBBQ, so banyak jela ikan, sotong udang banyak2..haha


hari kedua, kami pergi ke tempat ikan kelar, ikan ni tak bahaya, sbb dia tak bergigi,hehe so bolehla letak makanan atas tapak tangan dan bagi makan. tak silap masuk ni kena bayar sorang dalam 15ringgit untuk dewasa dan kanak2 10ringgit.

 tengok anak sedara aku yang kecik 2 pon boleh duduk dalam sungai ni..so kire tak bahaya la kan..hehe

            tak lepaskan peluang minum teh dekat ladang teh SABAH BAH.

  bergambar di kaki gunung kinabalu..time ni hujan, barula terase sejuk, menggigil2..




sebelum turun dari gunung kinabalu kiteorang singah kat tempat jual souviner, belila key chain n baju2 sabah, tapi cam biasala kena pandai tawar, klo tak manjang jela nak kena mahal.



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!