Blogger Templates

Pages

Wednesday 6 June 2012

Cameron Highland Dis 2011



Kalau orang cakap cameron highland, kite mesti da pikir "wah sejuk, bestnya, tak payah econ" tol x? hehe.. aku pon sama lah pikir camtu. aku tak pernah g cameron highland sebelum ni tau, sedih kan.just dengar orang cerita jek. tapi dari dengar orang ceritala, aku nak sangat pergi sana. lagi pon aku pikir tempat tu tak jauh, naek keta sampai la. So, bincang punye bincang aku pon jadi la pergi.

pagi nak bertolak tu, ciap2la masak nasi lemak, buat sambal segala. macam nak pergi berkelah..hehe, tp lom smpai, dalam keta da licin. jauh gak upanya, dari kl ke sana ambik masa dekat 3jam jugak, dengan jalanny y berbelok2 agak bahaya 2.akhirnya sampai.. terus check in hotel WIRA. hotel ni murah, lepas2 ada 2 katil quen, ok sgt la tu kan. setakat nak tido je.bole la....hehe.. masuk bilik air, nak basuh muka, ya ampon..sejuk sgt airnya, cam air batu... keras terus kulit muke..hahaha. siap2 keluar terus jalan smpai malam...

tempat pertama pergi...hehe, just tuk bergambar je

 dekat ladang cactus.bunga cactus ni 3pcs /rm10 sahaja!!! murah ke mahal..

 Ladang TEH BOH, sebelum nak mendaki kena minum teh kat kafe teh boh ni, baru ada semangat nak g tengok ladangnya...

 pertengahan puncak ladang teh boh, ujan start turun, so aktiviti mendaki tak dapat diteruskan..hehe

 kalau tak silap ni dekat ladang lebah. nak MADU boleh datang sini beli..pelbagai size ada.

last aktiviti kiteorang tolong petik daun teh...haha.

kesimpulannya..haha, cameron highland ni best jugakla..tapi tak boleh pergi lama, sebab macam tak ada ape sangat je, sehari da cukup tuk abis pusing 1 cameron 2..haha..but penat plak kan..so pergila 2 or 3 ari sahaja.. yang paling aku suka pasar malam, macam2 ada jual, sambil jalan, sambil makan jagung..sedapnya..



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Monday 4 June 2012

Bukit tinggi 2011



citer ni tahun lepas..da lama kot, tetiba aku teringin sangat nak pergi ke bukit tinggi. sbb kakak aku cakap tempat tu cantik, best kalau nak jalan dan berdating...hehe
bile dah dengar best, aku apa lagi, mestila nak pergi.. kali ni aku tak g ngan famili tapi aku ajak kawan2 aku skali la dengan boyfriend merangkap kawan baik aku.hehe
planning 2bulan sebelum g..hehe..so ceritala pasal trnsport, collection dan sebagainya.. so hari yang di tunggu2 smpai jugak..

          memukau mata saat pertama aku tengok bangunan ni...cantik sangat..

inilah syima, kawan baek aku masa belajar dulu, da abis belajar pon still kawan baek jugak..hehe, sebab tu senang nak planning jalan2 dengan dia, apa y penting boyfriend dia ikot sama..

pian ni boy dia, giler romantik budak dua orang ni....hahaha..sakit bijik mata aku tengok.hahaha

ni musuh aku, kau lah racun, kau jugak la penawarnya..hahaha

kat bukit tinggi ni view memang cantik, tp harga dia mahal..air mineral pon da skali ganda..padahal. bukit tinggi ni xdala tinggi sangat.. tp cekek kedarah...tp klo da haus n lapar, beli jela..nama pon berjalan. bile jalan mstila duit abis kan??? hehehe..


Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Sunday 3 June 2012

Sabah 4day 3night


Ni pengalaman pertama aku BERCUTI. jangan salah sangka, bukan aku tak pernah bercuti ok..tapi yang aku nak cakap bercuti menggunakan kapal terbang..hehe. Masa ni tak ada ujan tak ada ribut tetiba abang aku yang ala2 agent pelancongan menyatakan hasratnya mahu bercuti di sabah. Berita tersebut disambut baik oleh keluarga, dan mereka yang nak pergi, gigihlah menempah nama dan bagi duit..masa ni xpandai lagi nak beli tiket promosi air asia, so pergi balik, sorang dekat 300. tak kirala mahal, yang penting nak naek kapal terbang. hahaha.

                 
                      ni la abang aku yang ala2 agent pelancongan tu..hehe


hari pertama bermula dengan perjalanan ke KUNDASANG, aku rasa sape yang pergi ke sabah, da jadi kemestian ke kundasang. sebabnya melalui pembacaan di pakcik google, ramai yang cakap tempat ni sejuk sangat. tapi pengalaman aku, tak dela sejuk sangat..biasa2 jek...


kami menginap di kundasang 1 malam. hotel yang kiteorang duduk tu sangat cantik viewnya. tak payah da nak bergambar tempat len, cukup dalam kawasan hotel je.. yang paling bagus, pihak hotel ciap sediakan tempat untuk berBBQ, so banyak jela ikan, sotong udang banyak2..haha


hari kedua, kami pergi ke tempat ikan kelar, ikan ni tak bahaya, sbb dia tak bergigi,hehe so bolehla letak makanan atas tapak tangan dan bagi makan. tak silap masuk ni kena bayar sorang dalam 15ringgit untuk dewasa dan kanak2 10ringgit.

 tengok anak sedara aku yang kecik 2 pon boleh duduk dalam sungai ni..so kire tak bahaya la kan..hehe

            tak lepaskan peluang minum teh dekat ladang teh SABAH BAH.

  bergambar di kaki gunung kinabalu..time ni hujan, barula terase sejuk, menggigil2..




sebelum turun dari gunung kinabalu kiteorang singah kat tempat jual souviner, belila key chain n baju2 sabah, tapi cam biasala kena pandai tawar, klo tak manjang jela nak kena mahal.



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

Budak budak baru belajar...


aku ni budak baru belajar,hehe..tengok org sibuk berblog,
aku pon teringin jugak nak berblog. tapi tak tau pon sebenarnya nak cerita pasal apa..
tak apala, blog untuk diri aku jela ea.. belajar supaya aku tak bodoh IT.. =) niat dihati..hehe

tu hari aku ada skali buat blog, tapi entah macamana lupa plak passwodnya.
then last2 kenala aku buat baru.. ni sume gara2 tgk kawan2 hebat mencurahkan
perasaan di alam maya ni...




Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!