Blogger Templates

Pages

Sunday 3 June 2012

Sabah 4day 3night


Ni pengalaman pertama aku BERCUTI. jangan salah sangka, bukan aku tak pernah bercuti ok..tapi yang aku nak cakap bercuti menggunakan kapal terbang..hehe. Masa ni tak ada ujan tak ada ribut tetiba abang aku yang ala2 agent pelancongan menyatakan hasratnya mahu bercuti di sabah. Berita tersebut disambut baik oleh keluarga, dan mereka yang nak pergi, gigihlah menempah nama dan bagi duit..masa ni xpandai lagi nak beli tiket promosi air asia, so pergi balik, sorang dekat 300. tak kirala mahal, yang penting nak naek kapal terbang. hahaha.

                 
                      ni la abang aku yang ala2 agent pelancongan tu..hehe


hari pertama bermula dengan perjalanan ke KUNDASANG, aku rasa sape yang pergi ke sabah, da jadi kemestian ke kundasang. sebabnya melalui pembacaan di pakcik google, ramai yang cakap tempat ni sejuk sangat. tapi pengalaman aku, tak dela sejuk sangat..biasa2 jek...


kami menginap di kundasang 1 malam. hotel yang kiteorang duduk tu sangat cantik viewnya. tak payah da nak bergambar tempat len, cukup dalam kawasan hotel je.. yang paling bagus, pihak hotel ciap sediakan tempat untuk berBBQ, so banyak jela ikan, sotong udang banyak2..haha


hari kedua, kami pergi ke tempat ikan kelar, ikan ni tak bahaya, sbb dia tak bergigi,hehe so bolehla letak makanan atas tapak tangan dan bagi makan. tak silap masuk ni kena bayar sorang dalam 15ringgit untuk dewasa dan kanak2 10ringgit.

 tengok anak sedara aku yang kecik 2 pon boleh duduk dalam sungai ni..so kire tak bahaya la kan..hehe

            tak lepaskan peluang minum teh dekat ladang teh SABAH BAH.

  bergambar di kaki gunung kinabalu..time ni hujan, barula terase sejuk, menggigil2..




sebelum turun dari gunung kinabalu kiteorang singah kat tempat jual souviner, belila key chain n baju2 sabah, tapi cam biasala kena pandai tawar, klo tak manjang jela nak kena mahal.



Terima kasih. kalau suka jangan lupe Like!!

No comments:

Post a Comment

korunk tinggalkan comment kat sini, nanti aku bace!!